Wednesday, April 13, 2011

antara orang-orang yang mendapat doa dari para malaikat...

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

Friday, March 25, 2011

air ohh air~

memang ramai dah tahu tentang air ni kan...dan memang ramai dah praktikkan pun...tapi mungkin ada orang tak ambil pusing sangat tentang air. *************************************************** Minum Air sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi.

Air M...ESTILAH suam - di dahulukan dengan selawat nabi atau kalau tak nak selawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk mengetest 'penguin' supaya ianya sihat dan keras. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. Paling elok sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja . Dan sarapan tu biarlah sarapan ringan seperti OAT misalnya. . Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.

Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air. Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya. Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.

Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas. Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit. Minum air untuk menjaga suara. Minum air untuk menjaga organ dalaman badan. Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Minum air untuk mengelakkan mengantuk. Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. kene paham maksud dia. Sebab kadang-kadang kalau minum laju-laju, senak jugak dada.

Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air. Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam. Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam. Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur. Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air.

AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. wallahualam

Saturday, March 19, 2011

korean lagi~

hai guyss...today, aku nak share ngn korang2 sume lagu korea yang memang jadi kesukaan aku sejak azali g...lagu ni aku present for the person who always in my mind..and always in my dream..watch yaaa. !!!

Wednesday, March 16, 2011

Biadapkah mereka?

soseh-soseh tak habis habis lagi nehh..padahal azan baru jer sudah..aku baru jer nak baring semula coz rase mengantuk tak ilang lagi..tak taw la nak cakap diorang nehh hape...bukan nak terus g sembahyang zohor..tapi maseh lagi dok berborak tanpa memikirkan orang yang tengah sembahyang tu...suara jangan cakap la..lebih kuar dari suara azan yang baru jer berkumandang..

ini ker namenye student Universiti??? kalau orang nampak pon malu..aduhhh...bilik tempat tuk beribadat pon nak memekak ker? tak paham bahase ker diorang nehh...

tak pasal pasal aku terus bangun dari tempat perbaringan aku dan sound diorang sume suwuh diam...nape nak kurang hajar sangat kan? pihak universiti sediakan fasiliti tuk solat tapi menyalahgunakan nya dengan berbuat bising..memang patut la makcik jaga marah bebudak yang memekak kat surau admin tu...sebab memang tak paham bahase...

tempat tuk solat dijadikan tempat tuk memekak, berborak dan berbincang..nak berbincang keje ker, hape ker...g la library ker..ada otak tak reti nak guna...ni lahh masalah orang terlebih pandai nehh...nak kate pandai pon tak berape la..coz bodoh gakk...tak reti hormat orang lain..

bukna nak marah sangat.tapi kenapa BIADAP sangat...benda yang wajib tak dibuat..tapi benda yang mendatangkan dose, mengumpat tu dijadikan hobi...astaghfirullahalazim....

bertaubatlah wahai insan insan yang telah melakukan kesilapan ini...sesungguhnya..tuhan melihat apa yang anda lakukan...tak gune berbincanag sampai mengganggu orang solat...tak masuk mane la ilmu tu pon...coz secara tak langsung...diorang nehh pon dah ter BIADAP dengan TUHAN mereka sendiri...astaghfirullahalazim...nauzubillah min zalikkk..

notes arini sebenarnya ditujukan khas untuk student yang selalu memekak kat surau MUTIARA...Universiti mane..biarlah menjadi rahsia..coz aku pon malu nak cite...

semoga mereka sedar akan kesilapan mereka..aminnnnn...~

Tuesday, March 15, 2011

CUbe Teka...man or woman???

hehe...Thailand got Talent,sekali pandang cam model,cun melecun,sekali dengar sore die,"amek ko" kalah sore M.Nasir,hahaha....



meremang bulu rome den dengo :-D

Monday, March 14, 2011

Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami

Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan i...tu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak. "Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales. Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini.

Picture 1 : Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco . Picture 2 : Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak.
Picture 3 : Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun. Picture 4 : Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas.
Picture 5 : Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air.







Bermalam Di Katil Seorg Lelaki

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka... berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..