Monday, February 28, 2011

Tips Menyegarkan Mata



Hehehe...hari ni aku nak men kongsi2 tips plak,kte 'sharing is caring' kn?hehehe...nak kongsi tips segarkan mata,ni pon aku amek tips dari orang,haha..ni bukan tips cuci mata ye,nak cuci mata pegi la pondok bas sane,tengok la awek lalu-lalang kat situ,haha...

Aku mengulang skali lagi tips untuk menyegarkan mata,hehe..korang mesti dalam satu ari paling2 5 hingga 6 jam ngadap pc or laptop kan. Kalau bloger cam aku(perasan) lagi mau dekat 12 jam kan..itu yang bleh wat mata kite lesu,sembam,letih dan pucat...lame2 bleh jadi mata panda,naseb bek panda comel,hahah...



Care ni amat mudah,hanya mengunakan sehelai tuala kecil dan sedikit air yang tak berapa panas.
1. Sediakan sehelai tuala kecil yang agak2 leh la tutup kedua2 mata korang k.



2.Sediakan air suam yang agak panas dalam mangkuk,jangan panas sangat,melencur nanti tangan korang,hehe...
3.Rendamkan tuala kecil tadi dalam air panas tu.Selepas Tu perah tuala tersebut supaya tak la terlalu panas kan.
4.Lipat tuala kecik 2 secara memanjang,pas tu letak kat mata korang dalam posisi baring.Biarkan selama 5-10 minit, korang akan dapat merehatkan mata korang.

Selepas 2-3 minit pas korang angkat kain 2,mata korang akan rase segar.Ini kerana salur darah pada mata akan mengembang dan menyebabkan peredaran darah dan oksigen lebih lancar. Orang kate makin panas makin segar,tapi jangan panas sangat pulak,kang cair mate korang,haha..

Juz tuk share je,lau ade tips lagi bagus leh la same2 share ye,hihi...

Sunday, February 27, 2011

aNugerah pElakOn terBaik ni..

serius aku rase die leh dapat anugerah pelakon terbaik,hahaha...nak berlakon pon janganla nampak sangat kebodohanye,hahaha...

TekNik terBaru PecaH mAsuk kEreta



Ini adalah salah satu teknik terbaru pencuri...tolong sebarkan kepada rakan dan orang terdekat ...hati-hati bila terdapat lubang kecil di kereta korang...kat bawah handle pintu....sebabnya...ini menunjukkan kereta korang dah di masuki pencuri dlam senyap....modus operandinya,dia akan mengambil samaada ic korang,atm kad,kad kredit dan buku cek....mereka nak gunakan identiti korang untuk tujuan tertentu,kalau kad kredit dia akan pulun habis-habisan..macam tu jugak atm kad....sesiapa yang terkena mungkin x perasan keretanya di masuki pencuri....dah tentu x perasan juga yang barang-barang tertentu dah hilang.....mereka akan tebuk lubang kecik tu tanpa alarm berbunyi dan tanpa pecah cermin kereta....tak percaya tanya kedai aksesori kereta...kalau diorang tak tau...tolong jangan pasang alarm kereta kat tempat tu! maknanya dia x terer lagi...
yang lagi bahaya bila ada gps di dalamnya...diorang akan cari rumah korang yang memungkinkan rumah korang di pecah masuk...dah berlaku di Malaysia ye!
so berhati-hatilah korang ek...ingatlah..jenayah membawa padah!
pesan-pesanlah pada orang sekeliling anda.....

Bas yaNg CooL

cool kan?hehehe...punyela selesa bas ni,dh cam dalam rumah je ak rase,conform taknak turun lau aku nek bas ni,haha...





ArtiS bollYwooD tAnpa mEkap

aku layan bollywood ni,lagi lau cite tangkap leleh dan lawak,hehehe...pe pun,korang ingat diorang cantik sgt?(ayat jelez)haha...lau tak pakai mekap,kak limah lagi cantik,hahahaha...





SpideRboy aNd sPiderGirl?

cute kan?hehehe...kecik2 dah pandai panjat2 camni,besar kang panjat bangunan plak k,hahaha..

Saturday, February 26, 2011

cEritA LawaK laGi 2

Lawak microsoft

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Microsoft atas dakwaan “Me...mecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.

Ikan Hidup

Pada suatu petang, Pak Ali membeli ikan keli di sebuah kedai. Pak Ali membawa pulang ikan keli itu untuk disiang oleh Mak Hawa.

Mak Hawa: Eh, bapak nye. Napa beli ikan yang masih hidup ni?
...
Pak Ali: Apa pulak bezanya?

Mak Hawa: Ikan yang hidup ni susah nak disiang. Bergerak-gerak lagi ni.

Pak Ali : Apa susahnya, rendam je kepala ikan tu kat dalam air, lemas la ikan tu nanti.

Mak Hawa: Ooohhh

cErita laWak laGi

nak share cite lawak plak kat anda sume,mane yang tension2 2 harap dapat le ilangkan ngan layan cite lawak ni,hehehe....selamat ketawa.

Kisah 3 sahabat malang.

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.Di...lihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi... .

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada baliksi A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita... .

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.......

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita... .

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya... aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....

Mereka pun terus menangis dan melalak bersama-sama UWAAAAAA....

Si Malang.

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

..."Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa
aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak
muncul meminum racun aku.....erkkkhh.

GelaGat si pEmabuK

nasib bek bukan berlaku kat Malaysia. Lau tak malu muke den,hehehe...macam2 gelagat kalau dah mabuk. Nak berdiri pon bukan men payah g,Moral story..jauhi arak k,hehehe



KaKi aZizulhaSni AwanG diTembUsi Kayu 20 sEntimetEr

Azizulhasni Awang ialah pelumba basikal negara. Ketika perlawanan akhir Keirin Kejohanan Trek Piala Dunia di Manchester semalam, beliau terlibat dalam pile up membabitkan 4 pelumba. Walaupun terjatuh beliau bangkit semula dan berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ketiga. The awesome part was beliau menamatkan perlawanan dengan serpihan kayu sepanjang 20cm menusuk betis beliau. GRROOVY! Semoga cepat sembuh bro.






Kalkulator ke gamepad?

hehe..kalkulator yang dapat menarik minat si "gamer" kepada matematik,cool kn? Ianya dihasilkan oleh X-COOL dan boleh dibeli dengan harga AUS 12. 95 disini. Ianya dilengkapi fungsi basic kalkulator biasa dan paparan LCD 8 digit.


Friday, February 11, 2011

Farid Diana Bertunang Atau Dah Putus Cinta



KL 28 JAN 2011: Murai Batu tak tahu mana satu cerita yang boleh dipercayai. Baru saja Murai Batu mendapat tahu yang aktor popular Farid Kamil dan kekasih hatinya aktres Diana Danielle sudah bertunang.

Malah khabarnya, sebagai hadiah pertunangan mereka, Farid telah membelikan seekor kuda untuk kekasih hatinya itu. Berbunga cinta bagaikan bait lagu Bunga Bunga Cinta dendangan Misha Omar, sebaik saja Murai Batu mendengar cerita tersebut.

Baru sahaja Murai Batu sedang asyik tersenyum lebar mendengar cerita berkenaan, tiba-tiba Murai Batu dikhabarkan pula dengan berita baru mengenai mereka. Khabar angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mengatakan cinta antara mereka telah pun putus. Aduhai apalah nasib.

Murai Batu diberi tahu, punca perpisahan mereka dikatakan kerana Farid tidak tahan dengan perangai Diana yang agak keanak-anakkan.

Alamak itu Murai Batu tak nak komen lebih. Sebab adakalanya Murai Batu sendiri agak terkelu melihat perilaku Diana yanhg tersangat manja. Nak buat macam mana, kalau itu sudah begitu keperibadiannya. Farid sepatutnya menerimanya dengan hati terbuka.

Entahlah, mana satu yang betulpun Murai Batu tak pasti. Kerana Murai Batu sendiri jadi celaru. Tapi kalau betul berita perpisahan berkenaan Murai Batu mengakulah agak terkilan dan sedih mendengarnya.

Mana tidaknya, satu persatu berita perpisahan artis yang singgah di telinga Murai Batu sepanjang minggu ini. Baru saja lepas kisah Fasha dan Jejai, kini giliran Farid dan Diana pula. Beginilah lumrah kehidupan.

Harapan Murai Batu agar kedua-dua mereka dapat menerima keadaan tersebut dengan baik. Mana taknya, kedua-dua mereka sama cantik sama padan, mungkin masa depan akan ke temui yang lebih sesuai.

Sah! Fasha Dan Jejai Dah Putus

25 JAN 2011: Baru beberapa hari lepas Murai Batu siarkan berita mengenai pelakon kontroversi Fasha Sanda dan kekasihnya Jejai yang dikatakan telah pun putus. Ha, hari ini berita yang sama dilaporkan di sebuah akhbar tabloid yang mana hubungan cinta antara mereka telah pun berakhir.

Khabarnya semua itu berlaku selepas Jejai pulang dari bercuti bersama bekas isterinya, Nora Danish dan keluarga dari Jepun.

Namun punca perpisahan tak pula diberitahu. Biasalah, selebriti mana yang hendak menghebahkan punca keretakan hubungan cinta dan perkahwinan mereka. Alasan klise yang diberikan, tak ada jodoh dan suratan takdir.

Walaubagaimanapun, ada juga mulut-mulut jahat mengatakan punca hubungan mereka berantakan disebabkan Nora Danish. Nora dikatakan menjadi batu api menghasut Jejai untuk membenci Fasha.

Namun Jejai menafikan segala fitnah yang mengatakan Nora adalah punca perpisahan mereka. Bahkan Jejai juga secara terbuka memberitahu Nora kini sedang mengenali hati seseorang. Wah siapa tu?

Apa pun Murai Batu tabik spring dengan Jejai kerana enggan mendedahkan punca perpisahan mereka, katanya biarlah hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku. Murai Batu pasti, tatkala ini Jejai dan Fasha mungkin dalam fasa yang tegang. Jika ada ruang untuk dibaiki mungkin boleh dilakukan tapi kalau dah tak boleh, anggaplah tiada jodoh.

Mungkin selepas ini Fasha mahupun Jejai akan bertemu dengan pasangan yang lain lebih serasi.

Tiz Dan Remy Beli Barang Rumah Bersama



KL 25 JAN 2011: Rasanya tentu ramai pembaca dah membaca pengakuan aktres popular Tiz Zaqyah yang menafikan dirinya tinggal serumah dengan aktor Remy Ishak. Jelas Tiz, semua itu hanyalah fitnah waima berita itu adalah satu fitnah yang nyata.

Mungkin peminat kedua-dua artis tersebut gembira tak terkata mendengar pengakuan Tiz itu. Maklumlah ramai yang menyokong kedua-duanya dan berharap agar semua cerita itu hanyalah palsu. Namun dalam penafian tersebut, informer Murai Batu baru sahaja menyampaikan berita bahawa kelibat mereka berdua dilihat bersama-sama shopping di Ikea, minggu lalu.

Bukan informer Murai Batu sahaja yang nampak, bahkan ramai lagi orang yang menyedari pasangan romantik tersebut sibuk membeli belah di sana. Baru sahaja Tiz membuat penafian alih-alih mereka berdua pergi membeli belah bersama-sama, jadi jelas informer Murai Batu, ia secara tak langsung membuatkan orang ramai yakin mereka berdua memang tinggal sekali.

Murai Batu tak mahulah bersangka buruk tapi apa pun terpulanglah pada orang ramai untuk membuat andaian sendiri. Bagi Murai Batu mungkin mereka hanya pergi membeli belah sama, dan tak semestinya mereka tinggal sekali. Mungkin juga mereka dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan dalam persediaan untuk melengkapkan rumah impian mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang tahukan.

Tapi Murai Batu harap baik Tiz mahupun Remy, memandangkan perbuatan anda berdua menjadi perhatian, jadi selepas ini apa kata lebih baik berhati-hati demi kebaikan sendiri.

Erra Fazira Tak Layan Gosip Suami Curang




KUALA LUMPUR 31 JAN 2011: Enggan bertindak melulu dan mempercayai gosip suaminya, Engku Emran yang dikatakan bermain kayu tiga, penyanyi dan aktres jelita Erra Fazira sebaliknya lebih senang berdiam diri dan menantikan kesahihan berita tersebut.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, ibu kepada Engku Aleesya ini enggan mempercayai cerita berkenaan selagi tanpa diberikan sebarang bukti.

"Saya tak nak bertindak tak tentu pasal. Memang saya pernah dengar cerita ini dan selagi tak ada bukti saya tak mahu ambil serius. Bukan apa, pengalaman sudah mengajar saya bahawa cerita seumpama ini boleh direka-cipta.

"Kalau saya percaya terus, ia akan membuatkan hubungan kami bermasalah. Wujud pula pergaduhan dan sebagainya. Jadi yang terbaik ialah tunggu bukti, kalau ada bukti barulah saya akan bertindak," katanya ketika diminta mengulas mengenai khabar angin suaminya yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja.

Sebelum ini, gosip berhubung rumah tangga pasangan popular berkenaan pernah bertebaran, bagaimanapun kemudian hilang seketika. Namun berita berkenaan mula bertiup semula, memandangkan kelibat kedua-dua pasangan itu jarang ditemui bersama.

Malah jelas Erra, dia tidak mahu memeningkan kepalanya hanya untuk memikirkan perkara tersebut kerana fokus kehidupannya kini hanya tertumpu kepada cahaya matanya saja.

"Malas nak fikir macam-macam. Bagi saya, anak adalah sumber kekuatan saya untuk terus hidup. Dia penyeri, dialah segalanya dan fokus saya lebih padanya. Anak semakin membesarkan jadi tumpuan hanya pada dia dan segala benda lain akan kita lupakan.

"Daripada saya melayan gosip liar sebegini yang boleh membuatkan kami suami isteri bergaduh, adalah lebih baik saya diamkan saja. Sebaliknya jika ada bukti barulah saya akan bertindak," katanya yang juga sudah bersedia untuk memiliki anak kedua.

Mengharapkan yang terbaik pada rumahtangganya, pelantun lagu Pertemuan ini berkata, sebagai insan biasa, dia bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menghampirinya.

"Apabila kita sayang seseorang itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kita semua sedia maklum segala makhluk yang hidup akan mati jua akhirnya dan itulah putaran kehidupan. Jadi apa yang akan terjadi masa depan saya nanti, saya bersedia untuk menghadapinya," ujarnya dengan penuh kerelaan.

Peluang Berlakon Bersama Scha Al-Yahya



KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2011: Pernahkah anda menanam impian untuk bergelar pelakon serta digandingkan bersama pelakon jelita, Scha Al-Yahya? Kini impian anda bakal jadi kenyataan apabila jenama panty liner, Carefree membuka peluang tersebut dalam pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu.

Pencarian tersebut bertujuan untuk mencari bakat dan pelakon baru wanita tempatan berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk bergandingan bersama Scha dalam siri drama TV baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.

Justeru itu duta jenama tuala wanita, Carefree, Scha menyeru wanita negara ini untuk menyertai sesi uji bakat pertandingan tersebut yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Feburuari ini.

"Ini merupakan peluang keemasan yang sukar untuk ditemui. Jadi wanita yang berbakat di luar sana, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama TV serta memenangai hadiah yang lumayan. Gadis Cerefree bakal memengangi wang tunai berjumlah RM10,000 serta barangan panty liner, Carefree," katanya

Menariknya, Scha dan salah seorang lagi bintang gandingan drama TV tersebut iaitu Marsha Londoh atau Awal Ashaari juga akan turut hadir ke sesi uji bakat berkenaan sebagai sebahagian juri kepada sesi uji bakat berkenaan.

Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malayisa, Stanford Guo dalam kenyataannya memberitahu Carefree Girl Bebaskan Bakatmu merupakan insiatifnya untuk melahirkan bakat gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri TV yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

"Memang banyak peraduan pencarian bakat di negara ini, namun kami percaya platform pencarian kami membuka jalan kepada gadis-gadis yang masih amatur untuk mendapat peluang dan pendedahan kepada lakonan drama.

"Mereka akan diberi peluang melakonkan watak penting dalam siri televisyen yang turut dilakonkan oleh bintang-bintang lain dan diterbitkan secara profesional. Cara ini membolehkan peserta menjadi popular sekiranya mereka menang," jelas Guo.

Guo menerangkan bahawa perjalanan menjadi bintang Carefree Girl adalah mudah. Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac ini, diikuti dengan pencarian di peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April depan.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan pengambaran dalam produksi drama TV tersebut. Ianya akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei nanti.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu akan diadakan di 4 cawangan pasar raya besar Giant. Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari ini, seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, masing-masing pada 5 & 6 dan 12 & 13 Mac dan akan berakhir di Giant Bandar Kinrara, Selangor pada 19 & 20 Mac, 2011.

Terdapat tiga cara untuk menyertai sesi uji bakat.

* Pertama, beli pek pemulaan Carefree Pertama Saya dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90, atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.
* Masuk ke laman facebook Carefree di www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari "Pink Daisy". Ini akan membawa anda ke laman permohonan Carefree® Girl Bebaskan Bakatmu.
* Isikan borang permohonan, sertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit, sertakan satu (1) gambar sendiri yang terbaharu (gambar muka) dan hantar.

Susulan daripada penghantaran borang permohonan, pendaftar hendaklah pergi ke lokasi uji bakat di outlet Giant yang telah mereka pilih dalam permohonan mereka. Untuk menyertai uji bakat lain yang bukan di negeri tempat tinggal mereka, peserta hendaklah menghantar permohonan baru bagi setiap lokasi uji bakat yang berbeza.

Selain daripada permohonan digital, permohonan boleh juga dibuat pada hari uji bakat itu sendiri, di lokasi yang disenaraikan.

CarefreeGirl Bebaskan Bakatmu terbuka kepada semua wanita tempatan berusia antara 18 hingga 35 tahun. Permohonan dalam talian dibuka pada 1 Februari 2011, dan setiap sesi uji bakat ditutup pada hari uji bakat diadakan. Semua maklumat mengenai permohonan dan uji bakat boleh didapati di www.facebook.com/mycarefree.

Zahid Tak Mahu Masuk Campur Urusan Nita



KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2011: Penghujung tahun lalu, peminat industri fesyen hiburan tempatan dikejtkan dengan penampilan berani Nita dalam sebuah majlis hiburan.

Banyak reaksi negatif diberikan sehinggakan ada yang beranggapan Nita yang pernah bergelar kekasih hati Zahid bagaikan mahu membalas dendam terhadap juara Akademi Fantasia 2 itu.

Ketika ditemui portal murai.com.my, selepas majlis pelancaran album Marsha baru-baru ini, Zahid yang hadir mengadakan persembahan duet bersama Marsha mendakwa bahawa segala yang dilakukan oleh Nita tidak ada kena mengena dengan dirinya lagi.

"Zahid tahu dan berpeluang melihat sendiri pakaian yang dikenakan Nita ketika itu. Terus terang, Zahid tak merasakan apa yang dibuat Nita itu adalah untuk membalas dendam atau menunjuk-nunjuk kepada Zahid. Apa yang Zahid tahu, itu adalah diri Nita yang sebenar.

"Mungkin selepas tidak lagi bersama Zahid, Nita mahu menunjukan dirinya supaya lebih menonjol dan mungkin dengan cara itu dia merasakan dirinya lebih berani. Memang benar sewaktu kami bersama, Nita agak kurang berpakaian menjolok mata. Itu semua kerana Zahid sendiri yang tidak suka melihat dia berpakaian yang terlalu seksi.

"Bagi Zahid, istilah seksi sebenarnya bukan diukur pada baju semata-mata. Adakala wanita yang bertudung dan berbaju kurung juga boleh jadi seksi sekiranya dia adalah seorang wanita yang sebegitu," ujar Zahid.

Dalam pada itu, Zahid turut menafikan bahawa dirinya pernah mengongkong finalis Malaysia Idol itu sehingga berlakunya percanggahan pendapat antara mereka berdua.

"Zahid tak pernah mengongkong atau mengawal Nita. Pernah Zahid menyuruh dia menghadiri majlis-majlis sebagaimana yang pernah dia hadiri sekarang, tetapi dia memilih untuk tidak mahu datang. Jadi, Zahid sebenarnya tidak pernah menghalang dia.

"Kalau seksi pilihannya, Zahid lebih suka jika dia dapat mengurangkan seksi dalam soal berpakaian. Sejujurnya, Zahid sedih dengan komen-komen yang dilemparkan kepada Nita tentang pakaian itu. Kerana Zahid tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Terus terang, Zahid kurang pasti mengapa dia berpakaian sebegitu. Memang Zahid tergamam setelah melihatnya. Apapun, tidak pula terlintas untuk Zahid menghubungi dia untuk bertanyakan sebab mengapa dia berpakaian sebegitu. Mungkin belum masanya lagi. Mungkin juga dia masih bersedih," jelas Zahid.

Sementara itu, Zahid mengakui sedang kenal rapat dengan seorang wanita. Ketika ditanya lanjut berkenaan hubungan mereka, Zahid bagaimanapun memilih untuk tidak bercakap lebih lanjut berkenaan wanita istimewa berkenaan.

Walaupun begitu, gambar kekasihnya itu telahpun tersebar luas di internet akibat gambar tersebut yang dicuri melalui telefon bimbit wanita berkenaan..

Yusry Nafi Mencintai Maya Tapi Wanita Lain




KUALA LUMPUR 2 FEBRUARI 2011: Tiada yang kurang jika dilihat pada penyanyi, pelakon dan pengarah popular Yusry Abd.Halim. Sejak perpisahannya bersama bekas isteri, aktres jelita Erra Fazira, lelaki berusia 38 tahun ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita.

Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.

Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.

"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.

Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.

"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.

"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.

"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.

(Gambar) Chinta Hair Saloon & Beauty Kepunyaan Fasha Sandha




Kepada Fasha Sandha, all the best to you and your Chinta Hair Saloon & Beauty. Nanti kalau we all pergi sana, hopefully dapat diskaun la yer. Kalau dapat FREE lagi cantik kot. Hee..

Kita lupakan seketika gambar Fasha Sandha yang seksi berbikini di Bali dan kisah putus cinta’nya dengan Jejai. Kali ini kita layan pula gambar sekitar Chinta Hair Saloon & Beauty kepunyaan Fasha Sandha yang beroperasi di Wangsa Walk, Wangsa Maju.












Dikhabarkan Chinta Hair Saloon & Beauty ni akan dibuka secara rasminya pada 14. Februari nanti. Jadi, yang dok sekitar Wangsa Maju tu, bolehlah cantikkan diri anda kat saloon cik Fasha kita ni. Nanti boleh hantar komen anda kepada kami untuk disiarkan kat Zon Artis ni.

Siti Nurhaliza dah ada Twitter!

Siti Nurhaliza dah mempunyai Twitter nya sendiri, kepada sesiapa yang masih tidak tahu lagi, Siti dah mempunyai akaun Twitter nya beberpa minggu yang lalu (siti_nur11), kepada yang sudah tahu, buat-buatlah baru tahu juga, haha. Patutlah jarang sudah melihat Siti meng'udpates' wall kat Facebook nya. Mungkin Twitter lebih senang sikit berbanding Facebook. Apa-apa pun 'all the best' untuk Siti Nurhaliza. :)




Selamatkan data di komputer anda!!



Begitu ramai dikalangan member2, sahabat2 dan juga ahli keluarga yang bertanyakan saya tentang virus, spyware dan adware. Memang pening jugakler nak menjawabnya. Lebih2 lagi tahap pemahaman saya tentang masalah ini tak begitu menyeluruh. Namun begitu, selama saya memakai komputer banyak juga pengalaman saya dapat daripada virus, spyware dan adware nih. Dan banyak juga saya men;google;kan diri untuk memahami sedikit sebanyak mengenai virus, spyware dan adware. Oleh demikian saya berkongsi sedikit tips daripada permasalahan ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripadanya. Mari kita berkongsi pengalaman kita tentang virus, spyware dan adware ini.

Tips meminimalkan komputer dari ancaman virus, spyware dan adware

virus, spyware dan adware adalah sejenis ancaman ataupun gangguan pada komputer disebabkan oleh pihak2 yang bertujuan menggunakan segala informasi untuk tujuan tujuan tertentu:-

1.mencuri data-data penting
2.merosakkan hadware komputer
3.menghapuskan file penting sistem
4.mengakibatkan sesetengah software tidak berfungsi
5.mengambil alih kontrol komputer

Dan apa yang amat penting adalah virus, spyware dan adware ini akan MERUMITKAN SEGALA URUSAN anda apabila menggunakan komputer ataupun komputer riba anda. Ini disebabkan oleh virus, spyware dan adware akan merebak atau berjangkit ketika anda menggunakan internet secara online mahupun tidak. Dan kebanyakan daripada virus, spyware dan adware ini mampu merebak melalui cakera liut 'disket' ,'thumbdrive' dan lain-lain alat yang boleh menghubungkan komputer anda.

Di sini saya senaraikan beberapa cara yang dapat meminimalkan ancaman virus, spyware dan adware ini:-

1.Install perisian 'SOFTWARE' pencegahan virus, spyware dan adware.

Terdapat pelbagai jenis perisian yang dapat memberi pencegahan awal dari merebaknya virus, spyware dan adware ini. Untuk lebih efisyen, install program pencegahan untuk virus seperti anti-virus, anti-spyware dan juga untuk firewall anda.Apa yang penting:-

a)INSTALL program
b)UPDATE kepada patch yang terkini (ini untuk mengurangkan lagi peluang untuk virus, spyware dan adware merebak ke komputer anda.
c)SCAN. Sering lakukan SCAN secara teratur dan berjadual seperti sekali setiap hari bagi membunuh virus, spyware dan adware yang baru tersebar.


2.Elakkan memuat turun dan memasang perisian yang tidak pasti asalnya.

Jangan terburu-buru memasang program ataupun perisian yang anda tidak pasti kegunaan dan asalnya. Kebanyakan perisian2 yang mudah didapati daripada laman web internet kadangkala terkandung beberapa jenis spyware ataupun malware yang boleh memudaratkan komputer anda.

Lebih2 lagi, perisian p2p yang menggalakkkan pemindahan atau perkongsian file mp3,video,gambar daripada komputer ke komputer. Terdapat ramai pengguna p2p yang adakalanya kita tidak tahu asalnya.

contoh:-

Si X menggunakan perisian p2p untuk berkongsi failnya. Si X tidak mengetahui bahawa ada diantara file mp3 dan videonya mempunyai virus, spyware dan adware, mungkin disebabkan program anti-virusnya tidak dikemaskinikan dengan patch yang terkini.

Si Y ingin mencari lagu kegemarannya daripada perisian p2p yang baru dipasang di komputernya. Dengan ghairahnya dia memuatturun file daripada Si X yang dia sendiri tidak tahu yang file si X mempunyai virus, spyware dan adware. Setelah habis memuatturun Si Y mendapati komputer agak perlahan daripada sebelumnya. Semakin hari semakin perlahan dan semakin merebak virus, spyware dan adware, sehingga di satu hari komputernya langsung tidak berfungsi.

Apabila dia membawa kekedai, juruteknik komputer mengatakan bahawa komputernya sudah ada kesan infeksi virus, spyware dan adware dan tidak dapat untuk diselamatkan segala fail2 kerjanya. Dan komputernya hendaklah diformat bersih untuk dibaiki.

kesannya:-

- komputer anda tidak berfungsi dengan baik
- fail2 penting anda tidak dapat dibuka
- anda kecewa...

Oleh itu berhati-hati.

3.AWAS!! fail-fail yang dihantarkan kepada EMAIL anda.

Berhati-hati ketika menerima fail2 daripada kawan2 ataupun daripada orang yang tidak dikenali daripada EMAIL anda. Ini adalah satu cara yang terbukti berkesan untuk menyebarkan virus, spyware dan adware. Tidak kira apa bentuk format filenya .doc, .xls, .jpeg ,keberangkaliannya adalah tiggi sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti pengirimnya. Ada juga email dalam bentuk .rar yang perlu diekstrakkan untuk anda membacanya atau menggunakannya.

Kenal pasti pengirim dan berwaspada selalu. Scan email anda.

4.Awasi pengguna yang ingin menggunakan komputer anda.

Bukannya kita kedekut. Namun harus diingatkan, bahawa virus, spyware dan adware mampu merebak melalui apa sahaja bentuk medium yang boleh terhubung ke komputer anda. Tidak kira melalui 'network', 'diskett' mahupun trend terkini iaitu melalui 'thumbdrive' ataupun 'pendrive' dan 'external harddisk' besar ataupun yang kecil yang mudah didapati dimana2 sahaja pasaraya ataupun kedai2 komputer. Awasi mereka :-

a) mencipta satu akaun bagi 'user' selain daripada anda

Ini bagi mengawal sesetengah daripada pengguna komputer anda daripada memasang perisian yang berisiko ke komputer anda. Anda boleh menghadkan perisian yang boleh digunakan juga boleh mencegah mereka daripada mencuri maklumat-maklumat peribadi anda seperti password anda dan lain-lain.

Sekiranya ada pegguna yang 'advance', anda boleh gunakan perisian yang boleh menguncikan fail-fail anda.

b) scan semua medium yang ingin digunakan ke komputer anda.

Disiplinkan diri anda dan pengguna komputer anda agar menggunakan perisian anti-virus, anti-spyware dan anti- adware yang telah terpasang di komputer anda.

Dengan cara ini anda boleh meminimalkan risiko merebaknya virus, spyware dan adware ke komputer anda disamping membersihkan segala medium yang mungkin merebak ke medium anda dan kawan anda tanpa disedari.


5.Sentiasa membuat 'copy' ataupun 'backup' kerja anda.

Kerja yang remeh namun amat perlu dilakukan. Ini adalah penting, kerana sekiranya komputer anda perlu diperbaiki ataupun terinfeksi anda masih lagi mampu melakukan kerja anda dengan menggunakan 'backup copy' anda. Terdapat pelbagai cara untuk tujuan ini contohnya:-

a)'Burn' kedalam cd ataupun dvd.

Sekarang kebanyakan komputer dan komputer riba 'laptop' mempunyai 'dvd burner','cd burner' yang terdapat dalam pelbagai jenis brand komputer. Samsung, Lite-on, Lg dan sebagainya. Gunakan ia. Pasti ada tujuan ia di cipta.

Dapatkan cd atau dvd yang berkualiti untuk tujuan backup ini. Anda boleh gunakan dvd dari brand 'Imation','HP' dan dari brand yang terkenal dengan kualitinya.

Gunakan perisian untuk burn yang selalunya dipasang sekali ke komputer yang baru seperti 'nero' dan sebagainya. Ingat!! ianya amat penting.

b) Simpan kedalam 'External Harddisk' (medium storage)

Cara ini adalah satu cara yang mempunyai risiko. Namun ia adalah satu cara backup yang berkesan juga. Backup kedalam medium storage anda, setelah komputer anda dipasang segala perisian anti-virus, anti-spyware dan anti-adware anda, anda boleh scan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.



Semua ini adalah hanya TIPS MEMINIMALKAN RISIKO JANGKITAN VIRUS, SPYWARE DAN ADWARE.Mengurangkan risiko jangkitan. Orang kata "sediakan payung sebelum hujan". Banyak lagi yang boleh dikongsi bersama akan datang. Bersama-sama kita mencegah sebelum parah.

(GAMBAR)Majlis Perkahwinan SM Nasa Dan Marion Caunter Di Maldives



Setakat ini baru ada 1 gambar perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasa di Maldives. Nanti kalau ada aku upload lagi. Tapi serious cantik tue beb~~~

Jenis Darah dan Kaitan Dengan Personaliti Diri




Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Kelengkapan Diri..



Cuti sekolah akhirnya sudah berlalu. Hari-hari akhir cuti digunakan dengan penuh semangat,berkobar-kobar, menyiapkan setiap tugasan yang diberikan sebelum cuti sekolah lagi. Sudahmenjadi kebiasaan semua menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Seperti kami-kami jua, namunsegalanya berubah. Sebelum ini, guru-guru akan menghadapi situasi sukar apabila semuanya menghantar tugasan2 yang diberikan. Mahu tidak mahu mereka akan menyemak kesemuanya tugasandengan reda. Mana tidak pening, setiap yang menghantar semuanya bertulisan tangan, tidakada yang standard. Lagi-lagi apabila tulisan-tulisan yang serupa cakar ayam. Kononnya tulisandoktor..huhuh..

Namun situasinya berubah sekarang. Dengan adanya teknologi semasa yang kian berkembang,semua pendidik mungkin terlepas dari tulisan serupa cakar ayam ini. Setiap pelajar akanmenyepurnakan semuanya dengan menggunakan komputer, jalinan internet. Semuanya lebih standarddan mudah. Time news roman dan besarnya 12pt akan berlegar-legar dalam setiap fikiran pelajar-pelajar ini. Kan mudah. Ya memang, komputer adalah salah satu kelengkapan peralatan yang perlu ada pada semua. Tidak kira dikampung, bandar, semuanya pasti akan menggunakannya.Tiada lagi ruang untuk alasan "saya buta it".Semua perlu tahu menggunakannya.

Setiap ada yang bernyawa, pasti ada kelengkapan dirinya. Setiap perbuatan baik pasti adahasilnya, begitu juga sebaliknya. Sekiranya tiada, baginya satu kehilangan. Sepertimana yangdipelajari, yang masih aku ingat dan baru aku sedar akan pentingnya dan kesinambungannya padasetiap hari2 kehidupan kita."double entry"huhuhu...ya aku pernah mempelajari ilmu akaun. Danitulah apa yang aku ingat...huhuhu..Jika tiada ini pasti akaun akan menjadi kucar kacir.Tidak balance. Dan yang tidak balance inilah yang akan selalu aku dapat..aiyah...

Apa jua, semuanya ada keperluannya. Kita seorang mungkin tidak mampu melakukan semua. Dan keranaitulah kita berkawan, bersahabat, kerana ianya perlu. Ianya satu keperluan. Kita memerlukan antarasatu sama lain. Begitu juga pentingnya buat pasangan-pasangan bercinta. Kenapa perlu berpasangan,huhuhu...kalau bole duk sorang buatler..duk kat utan..kat utan pon haiwan pon berpasangan.Kita berpasangan bukan kerana kita inginkan pasangan,namun perlukan pasangan. Kerana ianya satu kelengkapan buat diri kita.

Ada pro dan contra, ada baik dan jahat, ada kosong dan penuh semuanya melengkapkan satu sama lain.Semuanya mengingatkan kita pada lima perkara sebelum lima perkara. SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT,KAYA SEBELUM MISKIN, MUDA SEBELUM TUA DAN AKHIRNYA HIDUP SEBELUM MATI....Renungkan...Sudah Lengkapkah Kita... :)

Lelaki 32 tahun ditangkap kerana membakar Al Quran




Seorang lelaki England ditangkap setelah dituduh membakar Al Qur'an serta berteriak-teriak menghina Islam, menurut kenyataan pihak polis.

Dia dilapurkan berdiri dijalan raya bandar Carlisle pada hari rabu kelmarin dan berteriak menghina agama Islam di depan khalayak ramai.

Orang itu kemudian membakar Al Qur'an yang dia pegang sebelum membuangnya ke jalan dan bergegas melarikan diri. Beberapa anggota pasukan keselamatan kemudian tiba di tempat kejadian serta memeriksa kawasan sekitar dan membuat penyiasatan

Seorang jurucakap polis Cumbria mengesahkan bahawa seorang lelaki 32 tahun telah ditangkap yang diduga adalah suspek dalam kejadian tersebut.

Pada hari Rabu lalu pihak polis menerima lapuran bahwa Al Qur'an sedang dibakar oleh seorang lelaki di pusat Bandar Carlisle. Polis kemudian membawa sisa cebisan Al Qur'an yang dibakar tersebut dan seorang lelaki 32 tahun telah ditangkap kerana telah mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam, mengancam dan berkelakuan kasar."

Insiden ini berlaku ketika padri kontroversi yg berasal dari Amerika pastor Terry Jones mengatakan dia kecewa telah dilarang datang ke Britain, ia menyebutnya sebagai "tidak adil".

Beliau dalam kemarahan ketika ia mengumumkan perancangan pihak gereja Florida membantah untukdia membakar Al Qur'an sebagai peringatan serangan 9/11 di Amerika.

Setiausaha Dalam Negeri menyatakan akan melarang pastor Jones datang ke England, dan Jones berkata dia tidak memusuhi Muslim atau Islam, ia berdalih hanya memusuhi "unsur radikal Islam."

Seorang jurucakap pejabat Dalam Negeri mengatakan: "Pemerintah menentang ekstrim dalam segala bentuk, dan kenapa kita harus mengecualikan Pastor Terry Jones datang ke sini sebagai hak istimewa, itu adalah tidak benar, dan kita tidak bersedia membenarkan dia masuk kesini, yang kehadirannya tidak membawa kepentingan publik."

KENAPA BERCERAI DAN PUTUS CINTA???



Antara persoalan yg sering bermain dalam kepala otak aku..kenapa ramai org blh putus cinta,putus tunang dan yang paling sadis skali sehingga berlakunya penceraian??Sedangkan masa mula² perkenalan tu sumanya manis.bagaikan dunia ni kita yang punya.sehari xbertemu hati naik gelisah.bak kata org² tua makan xkenyang..mandi xbasah dan tidur pun xlena.24 jam hati teringat pada si dia.
Bila ditanya kenapa blh putus?ramai yang cakap sbb dah xsebulu..dah xserasi dan ada yang cakap dgn mudah sbb xde jodoh.tp kenapa awal² dulu sanggup berkorban apa saje demi si dia?Sehingga ada yang sanggup bergadai maruah dan body semata² utk membuktikan betapa kuatnya"cinta ku pada mu"?tp bila dah masuk tahun kedua perkenalan dunia pun terbalik.ada je salah yg dicari.ada je yg xkena antara satu sama lain.Kenape???
Manusia mmg cepat berubah hati ke?Tp kenape mak bapak kita boleh je bertahan sampai berpuluh² tahun?Kdg² ada gak aku berbincang dgn kwn² aku kenape blh berlaku camtu..ada yg kata sbb rangsangan daripada tindakbalas kimia bdn.Thanks bob 4 ur opinion.
Kata bob..bila sesuatu hubungan yg dah bertahun lamanya hormon cinta (sorry i forgot the specific name) makin berkurang.Hormon tu mmg pada awal hubungan ianya dirembeskan dengan byk.Secara psikologinya, kalo kita lihat kanak²..kanak² yg baru mendapat mainan baru pun akan sentiasa bermain dgn mainannya itu sehinggakn mereka xmahu melepasknnya dan berkongsi dgn adik² yg lain.So sama dgn org bercinta ni.Awal² bercinta..hormon ni dirembeskan dgn byk hasil dr tindakan otak kita yg sering memikirkan si dia.Tp..bila dah lama bercinta,pastu plak hari² jmpa,hari² bersms and call lama² otak kita dah kurang berfikir tentang si dia.And as a result, hormon "cinta" yg dirembeskn pun berkurangan.Kanak² pun pada mulanya saje seperti xmahu melepaskan mainannya itu.Tp lama² pandang pun xnk dah!So,same goes to this situation.Itu kata bob..bob bdk sains.so pandangan dia lebih pada teori dan aplikasi sains..
Aku tanya plak kt eddy.Eddy ni blh dikatakn wise man la.Xdela tua mana pun.Tua setahun dari aku je.But i do respect the way he thinking.Pada eddy, byk org putus cinta hanya kerana satu sbb..TANGGUNGJAWAB (Responsibility).Biar bercinta lama mana skalipun, kalo masing² ada rasa tanggungjawab antara satu sama lain insyaAllah hubungan akan berkekalan. Tanggungjawab camne?Tanggungjawab utk membimbing kearah kebaikan dan tanggungjawab kita menjaga hati psngn.Berhubungan ni biar ikhlas.Jangan nk amik kesempatan atas kelembutan dan kepercayaan yang diberikan oleh si dia.Dan mcm² agi kena jaga.Senang crite eddy cakap give and take amat perlu dalam sesuatu hubungan.Btul ke eddy??Setuju dgn eddy?Btul gak kot..
Rakan stoogez aku agi sorg, Es pun ada bg pendapat.Kata dia..we have to trust each other in this kind of situation. Tp kebanyakannya pompuan yg slalu mendatangkan masalah.Ada yang terlebih mengongkong..halang laki dari lakukan aktiviti² mereka bersama rakan² lain sama sewaktu diorg solo dulu.Kdg² pg kje blk lmbt pun nk bising².So laki pun jd cepat bosan.Dan ada plak yg jenis terlalu "slumber" atau erti kata lain langsung xamik kisah pun apa nk wat.Yang macam ni pun susah gak.Langsung xmenunjukkan sifat² caring diorg.Sbb kalo ikutkan laki ni bkn la xsuka sgt dikongkong.Tp berpadala sbb ianya ada kebaikannya.Sekurang²nya laki tau yg diorg ni ada somebody yg care kt diorg.Ala² romantik tu..hehe...
Bagi aku plak..senang je.Kau ikut cara kau.Aku ikut cara aku.Aku xpeningkn kepala kau.Kau jgn peningkn kepala aku.As simple as ABC.Its a kind of understanding.So bak kata kawan² aku..trust each other,responsible and caring.Tu mmg amat penting dalam menjaga sesuatu hubungan.Aku pun byk kali gak putus cinta dan berkali² tukar couple.Aku xsalahkn sesape atas apa yg dah berlaku.Tp tu adalah conclusion yg aku blh wat.Aku harap satu hari nnti suma couple yg sedang bercinta dan pasangan yg dah kahwin akan terus bahagia dan menikmati hari² seterusnya tanpa ada agi PUTUS CINTA & PENCERAIAN.Sama²la kita berdoa agar hubungan kita sesama insan diberkati olehNya.
Pergh panjang sgt dah aku membebel nih.Sorryla dude.Aku cuma nk luahkn bnda² yg ada dalam otak aku nih.Selagi aku xtulis slagi tu aku dok pk.Tension aku.Ok till then.Chiow!!

ERTI CINTA..




Mmm...Cinta??Apa yg korg paham tentang cinta?Ada org kata cinta adalah sesuatu hubungan yg disertakan dengan sifat yg ikhlas dan jujur dalam perhubungan.Tiada rahsia antara satu sama lain.Saling hormat menghormati and etc.Btul ke?Ada ke hubungan yg camtu?Ntahla.Kdg² ada gak yg kata cinta tu satu pengorbanan.Pengorbanan dari segi perasaan, sikap, masa dan wang ringgit.Tp ada plak yg bercinta sampai keterlanjuran.Sanggup bergadai body dan maruah demi membuktikan cinta sebenar.So tu blh dikategorikan sebagai CINTA ataupun tak??Kalo nk ikutkan zaman dulu², cinta ni hanya dirasai dan diselami selepas akad nikah.Masakan tidak, rata² kebanyakan pemuda pemudi dulu dijodohkan oleh ibu bapa sendiri.Ntah dari mana datangnya pun kita tak tau.Hanya selepas berkahwin, setelah hidup bersama barulah perlahan² memupuk rasa cinta antara satu dgn yg lain.
Tapi tu zaman dulu²..zaman pemerintahan jepun.Skarang zaman dah moden.Pemuda pemudi dah ditelani dek arus permodenan dan globalisasi.Mana nak dijodohkan oleh ibubapa agi.Suma dah bijak memilih pasangan masing².Yang memahami antara satu sama lain..yang sama taraf..yang sama hobinya..dan yang sama gayanya hidupnya.Tp btul ke diorg mmg dah bijak memilih??Kalo btul kenape masih ada agi kes² seperti mengandung luar nikah..membuang anak..pasangan suami isteri merempit..murtad kerana mengikut kekasih dan lain²???
Ntahla..zaman mungkin sudah moden dan maju kehadapan.Tapi pemikiran manusia makin mundur kebelakang.Mungkin sbb arus permodenan ni terlalu laju.So ramai antara anak muda yg xleh catched up and cultural shocked.
So apa erti cinta??bagi aku CINTA itu adalah teman tapi mesra.lebih relax bersama..santai bersama..happy go lucky..mudah berbual, gelak, tangis dan tawa bersama.dan yg paling penting aku blh nasihat si dia dan dia blh nasihatkn aku.Sambil² menjaga batas kami sbg muslimin dan muslimat, kami turut berdoa agar dijodohkan bersama.Mungkin itu yg sbnarnya blh dikatakan CINTA.Tidak terlalu kolot utk dijodohkan oleh kedua org tua dan juga tidak terlalu mengikut kisah cinta dunia barat.
Tu pandangan aku.Lain org lain padangan mereka..so terpulangla apa pandangan korg.idup korg..pandai²la korg uruskan .tak kuasa aku nk amik tau.ok.till then.chiow..

Ada Ke Orang Nak Beli Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza Berharga RM2000?




First thing first, memang Abang Nara tabik spring kepada penyimpan tin Pepsi limited edition yang ada cop muka Siti Nurhaliza nie. Keluaran tahun 2000 tue. Kiranya dekat 10 tahun lebih dia dah simpan dan kini dia jual balik dengan harga RM2000. Bayangkan berapa banyak keuntungan dia buat? Inilah yang dinamakan otak geliga.

Persoalannya wujudkah die hard fans Datuk Siti Nurhaliza yang sanggup perabihkan RM2000 semata-mata untuk mendapatkan tin Pepsi nie? Kalau Abang Naralah, memang tak sanggup. Daripada beli tin Pepsi, baik beli iPad. Boleh main-main masa tengah boring tak ada benda nak buat. Tak gitu?

Adakah anda sanggup habiskan RM2000 untuk mendapatkan tin Pepsi Siti Nurhaliza ini? Sila nyatakan di ruangan komen ye.

(GAMBAR)Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Terima kasih kepada rakan kami di Piccalasso yang sudi menghantar gambar-gambar majlis perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Alor Setar. Memang terbaik gambar dari Piccalasso nie. Kalau anda nak kahwin dan masih tak jumpa photographer, kami cadang anda gunakan perkhidmatan mereka.

Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua pihak. Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha











Dilanda Perasaan



Lewat2 hari ini kita dilanda pelbagai perasaan melewati setiap pelusuk jiwa kita. Perasaan sedih, benci,marah,gumbira mahupon pelbagai-bagai laie perasaan.

Namun pernahkah perasaan-perasaan ini kekal di sanubari kita setiap hari,selama kita hidup...?Pernahkah kita alami perasaan sedih mahupon yang hadir adalah perasaan gembira yang patut kita rasai. Dalam campor -aduk perasaan ini, pada aku perasaan ini x pernah bertapak lebih sehari dalam sanubari ini. Bagi aku perasaan ini hanyalah mainan otak. Perasaan ini x pernah ingin kekal mahupon kita mengikatnya. Ya, mmg ade yang memang merasakan perasaan itu akan kekal selamanya bersama kita. Dasarnya perasaan itu di buai-buai memori dalam ingatan kita. Ya memoir. Memori-memori inilah akan melajakkan kita kearah perasaan-perasaan yang telah tersedia ada untuk kita amati.

Memang kitalah yang meguasai perasaan-perasaan ini. Hanya kita yang mengawal perasaan ini. Dan bukannya orang sekeliling kita. Alam sekililing hanya memainkan watak tambahan dalam perasaan kita. Kitalah pelakon utamanya. So mampukah kita membuang sekaligus perasaan-perasaan ini. Mungkin dalam dunia teater, lakonan.Perasan-perasaan ini akan berkubur bersama-sama kita dihujung hayat nanti.

Jadikanlah perasaan ini sesuatu yang positif buat kita. Sesuatu mangkin untuk kita.Tidak kiralah samada sedih mahupon marah, Yang pasti ianyalah untuk kita hargai sendiri ataupun bersama sesuatu ciptaan tuhan yang agung, ciptaan yg tidak boleh dicipta oleh manusia,ciptaan masterpiece kurniaan ALLAH S.W.T.

Taking care of our own...

1MALAYSIA SAYS :



As Egypt continues to struggle with civil unrest, we are bringing thousands our fellow Malaysians, mainly students, back home to safety. I would like to thank personally everyone who has been involved, regardless of their ethnic background, to execute Ops Piramid. Thank you.

After universities around the country closed down and protests gained in momentum, the students were confined mainly to their homes, with depleting food supplies and limited communication with the outside world. With a large number of Malaysians in Egypt, the Government assessed the situation and worked out an action plan to evacuate our people.

I could only imagine the fear and worry that the students and their families were feeling. So, it was a huge relief for us all that last Monday, we were able to welcome home over 700 Malaysians who were flown in from Egypt on specially chartered flights. Since then, the evacuation operation, named Ops Piramid, has been successful in evacuating about 9,000 Malaysian nationals from Egypt. The Government together with the private sector used all available resources to expedite this process and will also seek ways to ensure that the students can continue to pursue their education despite the circumstances.

Ops Piramid would not have been a great success without the Rakyat’s spirit of 1Malaysia. It is this spirit that banded everyone together – from individuals to large organisations – to ensure the safety and well-being of our children, friends and family members during this harrowing ordeal. Regardless of ethnicity, age or creed, everyone involved did everything in their power to aid their fellow Malaysians in need. I know many of you have gone with very little sleep to ensure the evacuation process continues smoothly. I salute to your perseverance and determination.

To the Malaysians who have returned or are coming home, I am glad that you are all safe and sound. For those who have chosen to remain in Egypt, I hope you stay together and look out for each other during these challenging times. Our thoughts and prayers are with you.

Kakak Tampar Adik Rempit 7 Kali Depan Orang Ramai???



Setiap pagi ujung mggu saya akan meluangkan masa membaca akhbar-akhbar online di internet sambil minum teh "o" panas. Terkejut saya apabila melihat headline utama di laman The Star – gambar seorang wanita yang agak berisi melempang seorang gadis di depakhayalak ramai.

Rupanya gadis tu adalah salah seorang yang terlibat di dalam perlumbaan haram yang ditahan polis (dah dipaksa menolak motor sejauh 15km ke balai polis).

Kedengaran kakaknya meneriak ” You janji you akan bertukar!” kepada si adik rempit.

Tergamakkah seorang kakak menampar adiknya sebegitu rupa?

Adakah ini yang dikatakan sayang seorang kakak yang ingin melihat adiknya berubah dan kembali ke jalan benar. Kesabaran seseorang ada hadnya, dan ketika dia sudah tertekan dengan usahanya yang tidak membuahkan hasil, akhirnya kakak tu terpaksa menggunakan kekerasan.

Pernahkah anda, setelah pelbagai usaha yang anda lakukan akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan di dalam hubungan anda?

Jika ada, anda harus mencari jalan serta merta. Ingat, pemikiran membawa kepada perasaan. Perasaan membawa kepada tindakan. Anda harus ubah pemikiran anda dulu, agar perasaan anda tidak mensabotaj impian anda dan tindakan anda membawa anda kepada kejayaan.

Jika anda ada pengalaman mengenai ‘kekerasan di dalam hubungan’ maka anda boleh berkongsi di ruangan komen di bawah untuk menjadi iktibar kita semua. Mungkin pasangan anda seorang yang panas baran, pantang salah sikit. Ataupun anda sendiri yang mudah ‘moody’ tetapi sering menyesal setelah memarahi atau mengkasari pasangan anda (sedar tapi taktau nak buat apa).isk3...

Menangislah Jika Rindu

Salam semua. Posting hari ini cukup simple. Pada detik tertentu di dalam hidup kita, pasti kita akan mengingati orang yang kita sayangi yang sudah tiada lagi. Mungkin anda telah kehilangan ibu, ayah, pasangan hidup dan rakan baik anda...kadang juga kita rse sunyi sgt dunia hidup nehh..pada mse tu la kita mula igt, DIA yang mencipta kita...

Saya sendiri pun sering merindui orang yang saya sayangi.. Malangnya, saya tak sempat nak mengucapkan “selamat tinggal”.

Bagi yang sering mengalami situasi ini, mari kita sama-sama melepaskan segala yang dipendam di dalam hati. Usah ditahan...Lepaskan...Biarkan air mata anda mengalir mencari erti sebenar kerinduan.

Mari kita hayati lagu di bawah ini. Dengar dan hayati setiap ayat pada lagu ini.




P/s : Lagu ini bertajuk ALREADY GONE dinyanyikan oleh KELLY CLARKSON, aku mmg peminat setia minah ini kerana kelunakkan suaranye dan juga (setiap kali dengar lagu ni, mesti rasa nak nangis)

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?




Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)
1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.
2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.
3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.
4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.
5. Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.