
KL 28 JAN 2011: Murai Batu tak tahu mana satu cerita yang boleh dipercayai. Baru saja Murai Batu mendapat tahu yang aktor popular Farid Kamil dan kekasih hatinya aktres Diana Danielle sudah bertunang.
Malah khabarnya, sebagai hadiah pertunangan mereka, Farid telah membelikan seekor kuda untuk kekasih hatinya itu. Berbunga cinta bagaikan bait lagu Bunga Bunga Cinta dendangan Misha Omar, sebaik saja Murai Batu mendengar cerita tersebut.
Baru sahaja Murai Batu sedang asyik tersenyum lebar mendengar cerita berkenaan, tiba-tiba Murai Batu dikhabarkan pula dengan berita baru mengenai mereka. Khabar angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mengatakan cinta antara mereka telah pun putus. Aduhai apalah nasib.
Murai Batu diberi tahu, punca perpisahan mereka dikatakan kerana Farid tidak tahan dengan perangai Diana yang agak keanak-anakkan.
Alamak itu Murai Batu tak nak komen lebih. Sebab adakalanya Murai Batu sendiri agak terkelu melihat perilaku Diana yanhg tersangat manja. Nak buat macam mana, kalau itu sudah begitu keperibadiannya. Farid sepatutnya menerimanya dengan hati terbuka.
Entahlah, mana satu yang betulpun Murai Batu tak pasti. Kerana Murai Batu sendiri jadi celaru. Tapi kalau betul berita perpisahan berkenaan Murai Batu mengakulah agak terkilan dan sedih mendengarnya.
Mana tidaknya, satu persatu berita perpisahan artis yang singgah di telinga Murai Batu sepanjang minggu ini. Baru saja lepas kisah Fasha dan Jejai, kini giliran Farid dan Diana pula. Beginilah lumrah kehidupan.
Harapan Murai Batu agar kedua-dua mereka dapat menerima keadaan tersebut dengan baik. Mana taknya, kedua-dua mereka sama cantik sama padan, mungkin masa depan akan ke temui yang lebih sesuai.
No comments:
Post a Comment