25 JAN 2011: Baru beberapa hari lepas Murai Batu siarkan berita mengenai pelakon kontroversi Fasha Sanda dan kekasihnya Jejai yang dikatakan telah pun putus. Ha, hari ini berita yang sama dilaporkan di sebuah akhbar tabloid yang mana hubungan cinta antara mereka telah pun berakhir.
Khabarnya semua itu berlaku selepas Jejai pulang dari bercuti bersama bekas isterinya, Nora Danish dan keluarga dari Jepun.
Namun punca perpisahan tak pula diberitahu. Biasalah, selebriti mana yang hendak menghebahkan punca keretakan hubungan cinta dan perkahwinan mereka. Alasan klise yang diberikan, tak ada jodoh dan suratan takdir.
Walaubagaimanapun, ada juga mulut-mulut jahat mengatakan punca hubungan mereka berantakan disebabkan Nora Danish. Nora dikatakan menjadi batu api menghasut Jejai untuk membenci Fasha.
Namun Jejai menafikan segala fitnah yang mengatakan Nora adalah punca perpisahan mereka. Bahkan Jejai juga secara terbuka memberitahu Nora kini sedang mengenali hati seseorang. Wah siapa tu?
Apa pun Murai Batu tabik spring dengan Jejai kerana enggan mendedahkan punca perpisahan mereka, katanya biarlah hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku. Murai Batu pasti, tatkala ini Jejai dan Fasha mungkin dalam fasa yang tegang. Jika ada ruang untuk dibaiki mungkin boleh dilakukan tapi kalau dah tak boleh, anggaplah tiada jodoh.
Mungkin selepas ini Fasha mahupun Jejai akan bertemu dengan pasangan yang lain lebih serasi.
No comments:
Post a Comment